Saturday, 15 October 2011

Assalammualaikum wbt

Bismillahirahmannirrahim..
Dengan nama ALLAH yang MAHA pengasih lagi MAHA penyayang,salam Pembuka bicara dari saya hamba kepada  yang maha ESA.Terasa seperti di panggil semula untuk menulis serta melibatkan diri dalam penulisan 'blog' tetapi dalam tatacara serta penggayaan yang berlainan,terasa seperti ada yang belum selesai seolah-olah tercicir dari satu sudut yang berlainan yang di halang oleh sesuatu yang menyebabkan terlepas pandang selama ini.Mencipta satu ruang di dalam laman sesawang seperti mana yang di lakukan oleh mereka yang selama ini mencari soalan,jawapan,pendapat,nasihat,tunjuk ajar,musuh,rakan serta pertanyaan lazim bagi kita sebagai manusia.Tercipta ruang ini untuk kita sama-sama berkongsi segala persoalan yang bermain di benak fikiran,segala jawapan segala soalan yang ingin mencari teman yang yang baik atau sebaliknya.Segala apa yang bakal ditemukan dan dipaparkan nanti amat lah memerlukan penilaian serta pemikiran yang wajar serta senantiasa lah kita semua bersikap positif dengan segala macam maklumat,yang mungkin atau akan membuat anda berasa tidak selesa di kemudian hari. Kita sebagai manusia telah dikurniakan akal serta pemikiran oleh yang ALLAH,oleh itu jadikan lah ilmu yang bakal diterima nanti sebagai nasihat atau rujukan oleh kita semua.Sekian pembuka kata dari saya yang mengelarkan diri sebagai EncikBesar,Maafkan saya jika pembuka kata tidak sempurna.Sekali lagi suka saya mengingatkan kepada diri sendiri serta semua sahabat-sahabat bahawa sesungguhnya yang sempurna serta baik-baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari kita sendiri,sekian..

No comments:

Post a Comment