Wednesday 7 December 2011

Langkawi !!

' cak , laith dan saya .. Bersama ikan GT..'
'Kuala perlis'
Paling best bila ke langkawi bersama kawan-kawan yang se'kepala' ngan kita... Kaki pancing !!!!!! kkkkkk... 3 hari 2 malam yang best.. Cadangan yang diberikan oleh 'zahed' and 'leila' (depa dua nie laki bini kepala best) apabila kami sampai di Perlis.. Ingat kan cuma hendak memancing di kuala perlis akan tetapi pantai serta laut di kuala perlis tidak sesuai untuk pemancing.. So dengan 'selumber'nya kami redah ke Pulau Langkawi... Zahed kata ayah nya telah memberikan satu misi (misi DON kata-nya) so kami pun berangkat ke Pulau Mutiara itu.. Opss lupa pulak,kami ber'5' cak,saya,zahed and leila serta sahabat saya paling kecil laith(anak depa zahed and leila)... dengan sempoi kami meredah ke pulau mutiara itu..hahaha....
' Di Jeti Kuala Perlis '

Semangat masih membara semasa hendak menaiki feri mehuju ke Pulau Mutiara tersebut... Katanaya nak mancing hahahaha,..sesampai nyer kami di Langkawi..tiada apa yang bermain di minda hanya nakmancing sahaja(dah lupa mission DON tadi tu) hahahaha...


Sunday 16 October 2011

Camfroger

Sebut jer kamera katak(camfrog@cf) kompom aku tergelak..Banyak kenangan yang terpahat di alam maya itu,suka duka gelak tawa di kongsi bersama.Gembira bila ada kawan-kawan menemani kita,walaupun hanya berkata-kata serta memainkan lagu permintaan semasa 'Take Mic'(ber- DJ) ataupun bersama-sama menulis serta berkenalan di'carpet'<<(budak-budak cf tau la nie kkkkk),Walaupun hanya berkenalan di dunia maya sahaja(ada jugak yang sudah berjumpa di dunia nyata juga |) ) tetapi terasa rapat terasa seperti satu keluarga,yang paham serta memberi nasihat yang berguna ketika kita amat memerlukan dan di sebalik nya juga di kala sahabat-sahabat lain memerlukan kita...

Memenuhi masa dengan membuat serta mendengar sesuatu yang berguna ketika kita sedang bertugas atau semasa tiada apa yang hendak dibuat, on lappy terus cari icon camfrog pastu terus on id masing-masing,kkkkkkkkkkkkkkk
Tidak di nafikan juga benda ni juga(camfrog) ada pengaruh negatif dia juga tetapi kita hendak lah mengunakan akal serta melihat dan menilai mana yang baik dan mana yang buruk,terpulang kepada mereka yang ingin mencari apa yang di perlukan untuk memuaskan hajat masing-masing

(*aku room general jer,kkkkkkkkk |) )

Apa ini :|


?????

Saturday 15 October 2011

Assalammualaikum wbt

Bismillahirahmannirrahim..
Dengan nama ALLAH yang MAHA pengasih lagi MAHA penyayang,salam Pembuka bicara dari saya hamba kepada  yang maha ESA.Terasa seperti di panggil semula untuk menulis serta melibatkan diri dalam penulisan 'blog' tetapi dalam tatacara serta penggayaan yang berlainan,terasa seperti ada yang belum selesai seolah-olah tercicir dari satu sudut yang berlainan yang di halang oleh sesuatu yang menyebabkan terlepas pandang selama ini.Mencipta satu ruang di dalam laman sesawang seperti mana yang di lakukan oleh mereka yang selama ini mencari soalan,jawapan,pendapat,nasihat,tunjuk ajar,musuh,rakan serta pertanyaan lazim bagi kita sebagai manusia.Tercipta ruang ini untuk kita sama-sama berkongsi segala persoalan yang bermain di benak fikiran,segala jawapan segala soalan yang ingin mencari teman yang yang baik atau sebaliknya.Segala apa yang bakal ditemukan dan dipaparkan nanti amat lah memerlukan penilaian serta pemikiran yang wajar serta senantiasa lah kita semua bersikap positif dengan segala macam maklumat,yang mungkin atau akan membuat anda berasa tidak selesa di kemudian hari. Kita sebagai manusia telah dikurniakan akal serta pemikiran oleh yang ALLAH,oleh itu jadikan lah ilmu yang bakal diterima nanti sebagai nasihat atau rujukan oleh kita semua.Sekian pembuka kata dari saya yang mengelarkan diri sebagai EncikBesar,Maafkan saya jika pembuka kata tidak sempurna.Sekali lagi suka saya mengingatkan kepada diri sendiri serta semua sahabat-sahabat bahawa sesungguhnya yang sempurna serta baik-baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari kita sendiri,sekian..